Najib Tiba Di Los Angeles Untuk Lawatan Kerja Seminggu Ke Amerika

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 7:00 AM

Najib bersalaman dengan pegawai kanan kedutaan Malaysia ketika tiba hotel penginapan Khamis. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di bandar raya ini Khamis untuk lawatan kerja seminggu ke Amerika Syarikat (AS), termasuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN di Sunnylands, California.

Pesawat membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada 8.30 pagi Khamis (Jumaat 12.30 tengah malam di Malaysia).

Ketibaan perdana menteri disambut Duta Besar Malaysia di Amerika Syarikat Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib dan Rosmah dijadual mengadakan perjumpaan dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Rumah Malaysia, kediaman rasmi Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles pada Sabtu (Ahad di Malaysia).

Selepas itu, Najib akan ke Sunnylands untuk menyertai Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan sembilan pemimpin ASEAN lain menghadiri sidang kemuncak dua hari itu, yang bermula Isnin (Selasa di Malaysia).

Kehadiran para pemimpin ASEAN ke Sunnylands adalah atas jemputan Obama dan ini julung kalinya Sidang Kemuncak Pemimpin AS-ASEAN diadakan di luar negara ASEAN.

Bagaimana Amerika Syarikat boleh memudahkan penubuhan Komuniti Ekonomi ASEAN melalui inovasi dan keusahawanan akan dibincang pada sidang kemuncak tersebut.

Pada sidang kemuncak itu juga, para pemimpin berkenaan akan membincangkan isu mengenai keamanan, keselamatan, maritim, jenayah rentas sempadan dan keganasan.

Najib juga dijadual mengadakan perjumpaan dengan pengurus dana dan kapten industri serta melawat dua syarikat teknologi gergasi dunia Apple Inc dan Tesla Motors di San Francisco pada Rabu (Khamis di Malaysia), pada akhir lawatan kerja beliau.

Sementara itu, Rosmah dijadual melawat Hospital Kanak-kanak Los Angeles di sini pada Isnin, dan Academic Talent of the University of California, Berkeley di San Francisco pada Rabu (Khamis di Malaysia). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , lawatan kerja , Los Angeles

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan