510 Kes Permohonan Kebenaran Kahwin Bawah Umur Di Sabah - Nancy - Berita Semasa | mStar

510 Kes Permohonan Kebenaran Kahwin Bawah Umur Di Sabah - Nancy

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Sebanyak 510 kes Permohonan Kebenaran Perkahwinan Bawah Umur direkodkan Jabatan Kehakiman Syariah Sabah sepanjang 2013 hingga tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata statistik itu semakin menurun dengan 151 kes pada tahun lepas berbanding 179 kes pada 2014 dan 180 kes pada 2013.

Selain itu, katanya Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah mengendalikan 5,762 kes sosial remaja dan kanak-kanak dari 2010 hingga November tahun lepas.

Antara kes yang direkodkan ialah pengabaian, penderaan seksual dan fizikal, buang bayi dan terdedah kepada bahaya moral.

"Semua pihak saling bekerjasama dan memandang serius kes yang membabitkan wanita dan kanak-kanak di negeri ini supaya mereka sentiasa dilindungi di sisi undang-undang," katanya ketika merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu-Isu Wanita dan Kanak-Kanak anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) di sini, Jumaat.

Seminar sehari itu yang disertai 300 orang, turut dihadiri Pengerusi MPWS yang juga Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Mariati Robert.

Nancy berkata bagi kes keganasan rumahtangga di Sabah, statistik Polis DiRaja Malaysia meningkat kepada 351 kes pada tahun lepas berbanding 299 kes (2014) dan 231 kes (2013).

Penderaan fizikal terhadap kanak-kanak pula mencatatkan 18 kes pada tahun lepas dan 2014 berbanding 13 kes pada 2013 manakala jenayah rogol menurun kepada 222 kes pada tahun lepas berbanding 223 kes pada 2014 dan 225 kes pada 2013.-- Bernama


   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan