Henti Sebar Khabar Angin Tabung Haji - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 8:02 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta supaya penyebaran khabar angin mengenai Lembaga Tabung Haji dihentikan, sambil menambah bahawa bakal jemaah mungkin kehilangan peluang mereka untuk mengerjakan haji disebabkan perkara itu.

Beliau berkata, banyak berita dan khabar angin disebarkan berkaitan Tabung Haji di laman web dan media sosial oleh golongan tidak bertanggungjawab atas kepentingan politik dan peribadi semata-mata.

"Jika ada dalam kalangan umat Islam yang terpengaruh dengan kenyataan tidak tepat ini sehinggakan mengeluarkan simpanan mereka di dalam Tabung Haji, ini amat mendukacitakan saya," kata Najib menerusi kenyataan di blog pada Jumaat.

Najib menjelaskan bahawa pelabur-pelabur kini mengalami bukan sahaja kerugian dari segi pulangan pelaburan dan simpanan malah dari segi peluang untuk menunaikan ibadah haji ke Mekah.

"Saya faham ada sesetengah pihak berniat mencatur langkah politik dengan mempermainkan serta mencetuskan kebencian rakyat, namun saya nasihatkan agar kesemua ini dihentikan," katanya.

Perdana Menteri berkata, masyarakat tidak seharusnya melupakan peranan besar Tabung Haji dengan matlamat utamanya membolehkan rakyat Malaysia menunaikan rukun Islam ke-5.

Beliau berkata, dana itu membantu mengurangkan kos mengerjakan Haji dan kerajaan turut menggunakan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi untuk memberikan kuota tambahan buat jemaah Malaysia.

"Bukankah teramat rugi dan sayang sekali, seandainya semua kerja keras, hubungan baik, pengiktirafan serta kelebihan menunaikan ibadah yang kita terima ini sia-sia akibat kenyataan tidak bertanggungjawab disebarkan oleh ahli politik dan pengguna media sosial?

"Janganlah jadikan penyebaran berunsurkan politik jahat sebagai budaya kita. 

"Janganlah sehinggakan ada kerugian seperti dalam hal ini yang nyaris mengakibatkan umat Islam hilang pendapatan dan peluang menjalankan tanggungjawab sebagai umat Islam," kata Najib.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan