Gempa Bumi Lemah 2.1 Skala Richter Landa Ranau

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 11:51 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah berukuran 2.1 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada pukul 9.22 pagi Jumaat.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.7 darjah timur, 11km utara dari Ranau.

Jabatan itu kini memantau perkembangan kejadian itu.-- Bernama
Tags / Kata Kunci: gempa bumi , Ranau

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan