Ujian Histopatologi Ikan Paus Siap Dua Hingga Tiga Minggu

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 2:13 PM

Kakitangan Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) dan Jabatan Veterinar Johor melakukan bedah siasat ke atas bangkai ikan paus di Jeti Pejabat Perikanan Batu Pahat, Khamis. Paus jantan yang berukuran 12 meter panjang dan seberat 15 tan itu ditemui mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Ujian histopatologi terhadap bangkai ikan paus bagi mengesan sebarang penyakit dalaman akan mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga minggu.

Pengarah Perikanan negeri Munir Mohd Nawi berkata ujian terhadap tisu ikan paus itu akan dilaksanakan di dalam makmal bagi mengenal pasti sebarang penyakit dalaman yang mungkin dialami oleh ikan paus terbabit.

Beliau berkata bedah siasat hari ini hanya melibatkan bedah siasat secara fizikal dan luaran sahaja.

"Kalau sebelum ni mungkin ada yang mengaitkan punca kematian mengenai emosi, kami khuatir paus ini yang menghampiri perairan untuk mencari sumber makanan mungkin memakan sesuatu yang bukan makanannya," kata beliau ketika ditemui pemberita di pejabat Perikanan daerah Batu Pahat di sini Khamis.

Beliau berkata seramai lima pegawai dari Institut Penyelidikan Perikanan (FRI), Rantau Abang, Terengganu dan Jabatan Veterinar Johor terlibat dalam bedah siasat ikan paus di jeti pejabat daerah hari ini.

"Bangkai ikan paus ini kami akan bedah siasat dan seterusnya ambil rangka dan tulangnya untuk kami simpan di galeri sementara di Kompleks Perikanan jabatan di Tampoi," kata Munir.

Katanya galeri sementara itu bukan sahaja menempatkan rangka ikan paus sekali gus boleh menjadi platform untuk memberi penerangan kepada orang awam mengenai spesies marin terancam.

Usaha itu adalah sebahagian daripada rancangan jabatan itu untuk mewujudkan galeri tetap yang dapat mengumpulkan segala spesies marin terancam lain terutamanya yang menghuni perairan Johor.

"Kami juga mahu memberi penerangan kepada orang awam terutamanya nelayan mengenai spesies terancam terutamanya cara menghadapi situasi sekiranya haiwan marin terdampar di perairan kita," kata beliau.

Menurutnya, terdapat 15 spesies ikan paus dikesan berada di perairan Malaysia.

Ikan paus yang ditemukan mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah dekat Batu Pahat pada petang 9 Februari itu merupakan paus jantan dewasa daripada spesies Sei atau nama saintifiknya Balaenoptera Borealis.

Ikan yang dianggarkan berusia 15 tahun itu, mula dikesan di Pantai Rambah sehari sebelum itu, sebelum ia dikesan kira-kira sejauh 90 batu nautika dari Pontian.

Kematian paus daripada spesies tersebut merupakan kali keempat di negara ini dalam tempoh 10 tahun iaitu di Pulau Carey di Selangor, Pantai Nenasi di Pahang, Banting di Selangor sebelum di Sungai Sarang Buaya, semalam.
Tags / Kata Kunci: ikan paus , histopatologi , Munir Mohd Nawi

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan