Periksa, Sahkan Status Pekerja Bangladesh Sedia Ada - Tenaganita

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan perlu memberi fokus terhadap pengesahan status pekerja Bangladesh tanpa izin yang sudah berada di sini, bukannya membawa masuk 1.5 juta pekerja yang lain.

Pengarah Tenaganita Aegile Fernandez pada Selasa memberitahu The Star bahawa mendokumenkan pendatang sedia ada di sini adalah satu tindakan yang jauh lebih mudah daripada membawa masuk kumpulan pekerja baharu.

"Kami telah menulis kepada kerajaan mengenai perkara ini dan kami telah mencadangkan supaya mereka menyelesaikan beberapa perkara seperti memberikan permit kerja yang betul kepada mereka yang sudah ada di sini.

"Malah, kami juga difahamkan bahawa perniagaan di sini tidak lagi memerlukan pekerja tambahan, jadi kami percaya kerajaan perlu menghentikannya," katanya.

Dilaporkan bahawa kerajaan Bangladesh berharap untuk menghantar 1.5 juta pekerja di sini dalam tempoh tiga tahun akan datang, termasuk wanita.

Aegile berkata, kerajaan juga perlu menyenaraihitam semua ejen yang mengenakan caj berlebihan untuk membawa masuk pekerja asing ke Malaysia.

"Ramai pendatang membayar wang yang banyak kepada ejen bagi membolehkan mereka mencari rezeki di sini," katanya, sambil menambah Tenaganita telah menerima aduan daripada ramai pekerja yang membelanjakan antara RM3,000 dan RM5,000 untuk dokumen asas tetapi dibiarkan menganggur di sini.

Mengenai kemungkinan kenaikan kadar jenayah, beliau berkata warga asing yang melakukan jenayah di Malaysia tidak datang untuk mencari pekerjaan.

"Sebab itu kami rasa penting untuk kerajaan melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi mengenal pasti siapa mereka. Perlu ada satu sistem untuk memantau mereka dan mengetahui di mana dan aktiviti mereka," katanya.

Aegile berkata, selain melakukan jenayah, ramai juga pekerja asing menjadi mangsa kepada penjenayah di Malaysia.


"Oleh itu, ia adalah penting untuk mereka mendapat maklumat dan pendidikan mengenai apa yang mereka perlu atau tidak perlu lakukan, dan apa yang mereka perlu lakukan dalam keadaan tertentu," katanya.

Mengenai langkah untuk membawa masuk wanita dari Bangladesh bekerja di Malaysia, Aegile berkata ia menimbulkan beberapa risiko.

"Apabila wanita Bangladesh berada di sini, ada kemungkinan mereka boleh 'disalahgunakan' secara seksual. Oleh itu, banyak yang perlu dilakukan bagi memastikan mereka mempunyai tempat untuk pergi dan mempunyai seseorang untuk menjaga mereka," katanya.

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Bangladesh dijangka ditandatangani dalam tempoh sebulan.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan