1MDB: PAC Utamakan Pembentangan Ketua Audit Negara

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 6:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi keutamaan untuk mendengar pembentangan Ketua Audit Negara berhubung Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menyiapkan Laporan PAC untuk dibentangkan di Parlimen secara telus dan adil.

Pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin berkata PAC akan mendengar Pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara Terhadap Pengauditan 1MDB pada 24 dan 25 Februari ini.

"Hari ini, PAC selesai mendengar keterangan bekas Pengerusi Lembaga  Pengarah 1MDB Tan Sri Bakke Mohd Salleh dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

"Selepas pembentangan Laporan Akhir Ketua Audit Negara ini, jika sangat perlu dan ada kewajaran dalam membantu PAC bagi mendapatkan maklumat untuk membuat Laporan PAC berhubung Pengurusan Kawalan Urus Tadbir 1MDB ke Parlimen, barulah PAC akan menimbang untuk memanggil saksi," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hasan berkata PAC dianggotai oleh wakil-wakil daripada Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, Gerakan, PBB dan UPKO serta wakil parti pembangkang iaitu dari PKR, DAP dan PAS.

Beliau juga meminta rakyat supaya yakin dengan ketelusan Laporan PAC yang akan dibentang ke Parlimen.

Tags / Kata Kunci: PAC , 1MDB

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan