Muhyiddin Perlu Henti Timbulkan Spekulasi - Salleh - Berita Semasa | mStar

Muhyiddin Perlu Henti Timbulkan Spekulasi - Salleh

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 10:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu melaksanakan peranannya sebagai Timbalan Presiden Umno dengan membantu tugas presiden dan mempamerkan kesetiaan serta sokongannya kepada parti, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Sebagai timbalan presiden, katanya Muhyiddin tentu tahu bahawa tugas beliau bukan untuk melemahkan kepimpinan presiden dengan membuat kenyataan yang boleh membawa kepada timbulnya spekulasi dan kekeliruan yang tidak sepatutnya.

Menurutnya sebagai ahli politik berpengalaman, Muhyiddin sepatutnya amat arif tentang perlembagaan Umno yang menggariskan tugas timbalan presiden parti.

"Tugas beliau bukanlah untuk melemahkan atau menggoyahkan perahu. Ucapannya di Pagoh baru-baru ini boleh menimbulkan spekulasi bahawa ia merupakan satu lagi cubaan Muhyiddin untuk memandang rendah dan melemahkan kepimpinan Perdana Menterinya (Datuk Seri Najib Tun Razak)," kata Salleh dalam catatan terbaharu dalam laman blognya sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata Muhyiddin ialah timbalan presiden Umno dan presiden beliau ialah Perdana Menteri Malaysia iaitu pemimpin negara ini.

"Saya berharap ucapan itu difahami dari luar konteksnya.

"Tapi, jika tidak demikian, dan tujuannya tidak lain dan tidak bukan  untuk memandang rendah kepimpinan presidennya, maka beliau tidak memiliki kualiti untuk menjadi seorang pemain secara berpasukan.

"Dan, keputusan perlu dibuat sama ada oleh beliau sendiri atau parti untuk menghentikan sama sekali semua speklulasi tentang pendiriannya itu," kata beliau.

Tags / Kata Kunci: Salleh Said Keruak , Muhyiddin Yassin , Umno
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan