Imigresen Sarawak Semak Status Paderi Dituduh Pedofilia

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 8:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jabatan imigresen Sarawak sedang menyiasat laporan berita mengenai seorang paderi dari Melbourne yang dituduh terlibat dengan aktiviti penderaan seksual kanak-kanak berada di negeri ini.

Dia dikatakan berada di sini semasa tempoh cuti bergaji.

Pengarah Imigresen, Ken Leben berkata jabatan itu sedang menyemak sama ada Peter Grasby telah memasuki negeri ini.

"Saya telah mengarahkan timbalan saya untuk menyemak statusnya," katanya kepada The Star ketika dihubungi pada Khamis.

Ditanya sama ada Grasby akan dihantar pulang jika didapati berada di Kuching, Ken berkata beliau perlu mengkaji mengenai perkara itu sebelum sebarang keputusan dibuat.

Sementara itu Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan mengenai laporan membabitkan kehadiran Grasby di sini.

"Polis perlu menyiasat mengenai kesahihan perkara ini," katanya.

Pada Rabu, The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Grasby didakwa berpindah dari Australia ke Kuching untuk mencari lelaki muda di sebuah laman web gay.

Laporan itu menyatakan bahawa profil Grasby di laman web PlanetRomeo menunjukkan bahawa dia melawat Kuching pada 23 Januari lalu.

Tags / Kata Kunci: Peter Grasby

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan