Bekas Pemain Badminton Kongsi Pengalaman Empat Kali Berdepan Kematian

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 10:12 AM

Datuk Tan Yee Khan banyak meluangkan masa dengan berehat sambil membaca selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Jika kucing dikatakan mempunyai sembilan nyawa, bekas pemain badminton negara Datuk Tan Yee Khan mendakwa beliau mempunyai sekurang-kurangnya empat nyawa!

Yee Khan, 75, kini sedang berehat di Sea View Hotel and Holiday Resort di Pulau Pangkor selepas menjalani satu pembedahan yang berisiko mengancam nyawanya.

"Doktor memberitahu saya bahawa saya amat bertuah kerana masih hidup. Bakteria telah merebak di seluruh badan saya," katanya dalam satu temu bual.

Namun, ini bukan kali pertama Yee Khan nyaris berdepan kematian. Lantas, anak kelahiran Ipoh ini mengimbas kembali tiga lagi insiden yang hampir meragut nyawanya.

"Saya terjatuh dari pokok yang tinggi di dusun bapa saudara saya pada tahun 1947 ketika saya berumur enam tahun.

"Saya masih ingat kejadian itu di mana saya jatuh di atas bumbung dan kemudian ke lantai konkrit. Saya tidak sedarkan diri selama empat jam," katanya.

"Kemudian satu tahun kemudian, saya telah dipatuk ular di China. Ketika itu tak ada akses kepada mana-mana perubatan moden jadi saya terpaksa bergantung kepada perubatan tradisional Cina.

"Saya terlantar selama kira-kira tiga bulan dengan kaki kiri bengkak teruk," kata Yee Khan sambil menambah beliau telah dihantar ke China oleh ibu bapanya untuk belajar di sana.

Yee Khan berkata pada tahun 1969, beliau sekali lagi berdepan maut apabila terjatuh dan tidak sedarkan diri selama 24 jam semasa Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP) (kini Sukan SEA) di Burma (sekarang Myanmar).

"Saya dimasukkan ke hospital selama kira-kira 20 hari. Tetapi saya bernasib baik apabila seorang doktor dari England datang membantu saya dan memberikan saya satu lagi peluang untuk meneruskan hidup, " katanya.

Berikutan kejadian itu, beliau bersara daripada badminton pada tahun 1972 dan beralih kepada sukan golf.

Bertukar menjadi pemain golf, beliau juga telah memenangi pelbagai gelaran. Namun, doktor telah menasihati beliau untuk berehat lebih selepas pembedahan terbaharunya.

"Saya hanya boleh berjalan perlahan dan tidak dibenarkan untuk mengangkat benda berat. Saya semakin beransur pulih," katanya.

Yee Khan berkata beliau berterima kasih dengan mesej-mesej sokongan yang dihantar oleh rakan-rakan dan peminatnya.

"Saya juga terharu dengan mesej yang dihantar oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan bekas menteri besar Tan Sri Mohammad Tajol Rosli," katanya.

Pada zaman kegemilangannya, Yee Khan memenangi pelbagai gelaran dalam sukan badminton bersama pasangan beregunya Ng Boon Bee, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi Piala Thomas 1969.

Kedua-dua mereka turut memenangi gelaran dalam beregu lelaki All England selama dua tahun berturut-turut pada tahun 1965 dan 1966.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan