Ahmad Bashah Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Baharu

Diterbitkan: Khamis, 11 Februari 2016 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam kenyataan pagi Khamis.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, juga berkuat kuasa 11 Februari.

Muhkriz pada 3 Februari lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah tetapi menyerahkan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.

Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Februari di Istana Anak Bukit.

Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan