Rayani Air Sewa Pesawat Bawa Cermin Kokpit Baharu, Penumpang Ke Langkawi

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 7:05 AM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Rayani Air pada Selasa malam membawa seramai 55 penumpang serta cermin kokpit  baharu, dari Kuala Lumpur ke Langkawi menggunakan pesawat Malaysia Airlines Bhd (MAB) yang disewa.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.30 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi kira-kira pukul 10.35 malam.

Pengarah Urusan Rayani Air yang baharu, Ravi Alagendrran yang mengesahkan kepada mStar Online berkata, pihaknya ada mendapatkan bantuan daripada MAB untuk membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada Selasa malam.

mStar Online turut difahamkan, cermin baharu kokpit dibawa bersama dalam penerbangan itu bagi menggantikan cermin pesawat Rayani Air menggunakan Boeing 737, yang dikesan retak selepas penerbangan pada Isnin malam, sehingga mengakibatkan penerbangan berikutnya dibatalkan.

Sebahagian penumpang Rayani Air di kaunter daftar masuk Malaysia Airlines di KLIA pada Selasa malam. Foto twitter @wahazaextra

Menurut seorang penumpang kepada mStar Online, dia bersama lebih 50 penumpang lain yang pada awalnya berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) diberitahu akan menaiki pesawat MAB ke Langkawi di KLIA.

“Saya bersama penumpang lain dibawa oleh petugas Rayani Air menggunakan ERL dari KLIA2 ke KLIA untuk menaiki pesawat MAB.

“Rayani Air terpaksa guna pesawat ‘charter’ kerana masalah yang dihadapi pesawatnya pada sebelah pagi,” katanya yang enggan dikenali.

Menurut laman web Rayani Air, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada Selasa malam sepatutnya berlepas pada pukul 8.30 malam. 

mStar Online difahamkan, masalah keretakan cermin kokpit pesawat Rayani Air akan diatasi dengan penggantian cermin baharu itu dijangka selesai pada Rabu.

Jika masalah itu dapat ditangani, penerbangan RN180 dari Langkawi ke Kuala Lumpur dapat disambung semula mengikut jadual pada pukul 3.10 petang Rabu.

Selain Ravi, bekas pengarah urusan syarikat penerbangan itu, Jaafar Zamhari turut kelihatan di KLIA2 dan KLIA bagi proses pemindahan penumpang.


Bekas pengarah urusan Rayani Air, Jaafar Zamhari (kiri) bersama juruterbang Malaysia Airlines Bhd (MAB), Kapten Wan Muzairul, yang membawa 55 penumpang Rayani Air menggunakan pesawat 'charter' MAB dari Kuala Lumpur ke Langkawi, Selasa malam.

Difahamkan, kehadiran Jaafar bagi memberi bantuan dengan mendapatkan kerjasama MAB.

Jaafar meletakkan jawatan sebagai pengarah urusan Rayani Air berkuatkuasa 29 Januari lalu.

Pada Selasa dilaporkan lebih 200 penumpang Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal.

Insiden pada pagi Selasa berpunca daripada keretakan cermin kokpit pesawat syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia itu.

Rayani Air bagaimanapun dalam satu kenyataan berkata, pembatalan penerbangan bukan disebabkan oleh masalah teknikal dan masalah cermin kokpit itu disiasat sama ada angkara sabotaj.

Difahamkan, siasatan berhubung punca keretakan cermin kokpit pesawat masih berjalan. 

mStar Online turut difahamkan, kebanyakan penumpang yang terkandas pada pagi Selasa menuntut bayaran balik tiket penerbangan.

Rayani Air adalah syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, memulakan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Langkawi pada 20 Disember tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , Malaysia Airlines Bhd

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan