Fokus Utama Adalah Rakyat, Bukan Protokol - Najib

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 11:31 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbelanjaan yang digunakan untuk majlis sambutan lawatan kerja dan rasmi beliau serta menteri-menteri Kabinet dikurangkan selaras dengan langkah berjimat cermat kerajaan.

Berdasarkan pemerhatiannya melalui lawatan-lawatan kerja yang dilakukan baru-baru ini, Najib berkata beliau melihat masih ada perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dielakkan.

"Saya berterima kasih untuk segala persiapan menyambut kehadiran saya. Saya faham sekiranya ada protokol yang perlu diikuti, tetapi di mana boleh, kita kurangkan persiapan seperti karpet merah, hidangan istimewa dan sebagainya.

"Fokus utama kita adalah rakyat, bukan protokol," kata perdana menteri dalam entri terbaharu beliau dalam blog NajibRazak.com.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pada mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 di Putrajaya pada 6 Januari lepas, beliau telah mengingatkan Kabinet dan kementerian-kementerian untuk membelanjakan peruntukan yang diberi secara berhemat.

Perdana menteri berkata setiap lawatan kerja yang dilakukannya adalah bertujuan untuk bersama rakyat, mendengar masalah mereka dan mencari jalan penyelesaian bersama.

"Alhamdulillah, saya nampak rakyat menerima baik pendekatan sebegini agar masalah mereka mendapat perhatian dan penyelesaian secepat mungkin," katanya.

Menurutnya dalam setahun dua tahun ini, beliau telah merasmikan banyak majlis dan membuat lawatan kerja di seluruh negara. - BERNAMA


iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan