Kapal Tentera Laut Algeria Berlabuh Di Pelabuhan Klang

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 6:03 PM

Kapal Tentera Laut Algeria, El-Fatih 921 tiba di Jeti Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah untuk melakukan lawatan empat hari ke Malaysia bermula Rabu hingga 13 Februari. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PELABUHAN KLANG: Kapal Tentera Laut Algeria, El Fatih 921, yang baharu sahaja selesai menjalani ujian penerimaan di Shanghai, China kini berlabuh di sini selama empat hari bagi tujuan ulang bekal dan berehat.

Pegawai Koordinasi lawatan berkenaan, Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Amirudin Azman berkata sempena berada di sini, ketua kapal itu Leftenan Kolonel Abada Abdel Latif dan pegawai atasan akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional Datuk Zaaim Hasan.

Kapal tentera laut Algeria, El-Fatih 921.


"Pegawai-pegawai atasan TLDM akan turut mengadakan lawatan ke kapal tersebut bagi melihat keberkesanan kapal buatan China itu yang masih belum ditauliahkan.

"Lawatan ini semestinya akan merapatkan lagi hubungan antara TLDM dan Tentera laut Algeria," kata Amirudin kepada pemberita di sini Rabu.

Kapal sepanjang 120 meter dan 14 meter lebar itu mempunyai pelbagai kelengkapan senjata dan radar berteknologi tinggi.

Ia dikendali oleh seramai 121 kelasi. - BERNAMA 


iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan