Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur & Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 10:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 50 hingga 60 km sejam (km/j) yang menghasilkan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter, dijangka melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Khamis.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan cuaca seperti itu adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, jabatan itu berkata perairan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Labuan juga terdedah kepada angin kencang Timur Laut dengan kelajuan antara 40 hingga 50 km/j dengan ombak setinggi 3.5 meter.

"Keadaan cuaca yang berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut dijangka berterusan sehingga Khamis ini," katanya. 

Sementara itu, Jabatan Meteorologi juga mengeluarkan amaran angin kencang Timur laut dengan kelajuan 60 km/j, mengakibatkan ketinggian ombak melebihi 4.5 meter di peraiAngin kencang Timur Laut berkelajuan antara 50 hingga 60 km/j dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter dijangka melanda perairan Samui, Tioman, Reef South dan Kuching sehingga esok, katanya.

Jabatan itu juga mengeluarkan amaran mengenai angin kencang Timur Laut berkelajuan antara 40 hingga 50 km/j dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di perairan Palawan dan Labuan sehingga Khamis ini. 

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiti pantai dan perkapalan, kata kenyataan itu.-- Bernama 

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan