Ahli Politik Perlu Lebih Bertanggungjawab - Salleh

Diterbitkan: Rabu, 10 Februari 2016 11:40 PM

Salleh Said Keruak.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli politik perlu lebih berhati-hati dan bertanggungjawab ketika membuat kenyataan kerana ia boleh menjejaskan kestabilan dan ekonomi negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ahli politik perlu sentiasa meletakkan kepentingan negara terlebih dahulu, mengatasi perkara lain.

"...pemimpin PKR dan Anggota Parlimen Rafizi Ramli berkata Tabung Haji akan bankrap manakala Tony Phua daripada DAP berkata 1MDB juga, akan bankrap, kedua-duanya sudah terbukti salah," katanya dalam laman blog sskeruak.blogspot.my.

Salleh berkata menggunakan taktik menakut-nakutkan bagi menimbulkan masalah kepada Tabung Haji atau mana-mana institusi kewangan, bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah boleh disamakan dengan mensabotaj ekonomi.

"Rafizi berkata jika semua orang ke Tabung Haji dan mengeluarkan wang mereka pada masa yang sama, Tabung Haji akan bankrap. Saya anggap ia sebagai taktik menakut-nakutkan dan kenyataan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Justeru, Salleh berkata tindakan seumpama itu tidak wajar dijadikan budaya politik kerana ia boleh melumpuhkan negara, orang ramai menjadi panik, rusuhan di jalanan, kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Salleh Said Keruak

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan