Wanita Dipukul Suami Selepas Gambar Anak Di FB 'Ditag' Nama Lelaki Lain

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 5:24 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Malaysia dilaporkan didera oleh suaminya selepas gambar anak 'ditag' dengan nama individu tidak dikenali di Facebook.

Menerusi 'posting' di Facebook pada 30 Januari lalu, Stella Ooi (gambar) yang berasal dari Pulau Pinang memberitahu gambar anaknya 'ditag' dengan nama "SH Dato Lee", tetapi dia tidak mengenali individu berkenaan.

"Sesiapa sahaja boleh 'tag' gambar di Facebook!" katanya.

"Saya dipukul suami kerana hal ini."

Menurut wanita itu, suaminya mendakwa dia mempunyai hubungan dengan "SH Dato Lee".

Dia mengalami retak di bahagian kepala dan pekak di telinga kanan akibat dipukul suami.

Gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook menunjukkan lebam di bahagian muka, tangan dan peha.

Wanita tersebut kemudiannya memberitahu di Facebook bahawa dia telah membuat laporan polis mengenai penderaan itu dan tidak lagi bersama suaminya.

Pada 4 Februari lalu, dia memberitahu kecederaan yang dialaminya semakin sembuh. – The Straits Times/Asia News Network

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan