Usaha Tarik Ikan Paus Di Pontian Lebih Tiga Jam - Nelayan

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 6:47 PM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Usaha menarik seekor ikan paus yang ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, di sini Isnin, ke bahagian laut dalam memakan masa lebih tiga jam.

Menceritakan pengalaman terbabit, seorang nelayan, Ismail Sirat, 47, berkata, usaha terbabit juga terpaksa dilakukan sebanyak enam kali kerana mamalia itu 'berdegil' dan kembali ke semula ke bahagian cetek.

"Usaha menolak dan menarik ikan sepanjang 20 meter tersebut bermula 2.30 petang. Berlaku kesukaran kerana ikan dianggar seberat empat tan itu berpatah balik ke bahagian cetek apabila kami sudah menolak dan menariknya ke bahagian dalam," katanya yang ditemui di Jeti Nelayan Sungai Rambah di sini, Selasa.

Ismail berkata, dia bersama abang, Hamid Sirat, 59, dan seorang rakan menarik ikan itu menggunakan sebuah bot berserta satu enjin sangkut berkuasa 115 kuasa kuda manakala sembilan individu lain termasuk dua anggota bomba menolak haiwan tersebut dengan tangan dari tepi pantai.

Beliau berkata, keadaan air laut pada ketika itu mencecah paras pinggang dan usaha menarik ikan itu dilakukan menggunakan tali berukuran 15 meter yang diikat pada ekor ikan terbabit dengan bot.

Ismail berkata, mereka terpaksa berhempas pulas kerana ada kalanya ikan itu bertindak agresif dengan merentap tali terbabit menggunakan ekornya yang sekali gus dikhuatiri menyebabkan air laut memasuki bot.

"Selepas 5.30 petang, barulah ikan itu berjaya ditarik sehingga ke bahagian laut dalam di kawasan perairan Pontian, iaitu kira-kira 1 batu nautika dari Pantai Rambah," katanya.

Menurut Ismail, ikan tersebut kemudian difahamkan berenang ke bahagian laut lebih dalam kira-kira 2.6 batu nautika dari perairan Pontian dengan diawasi Pasukan Polis Marin Wilayah Dua.

Ditanya mengenai perasaannya apabila berjaya menyelamatkan ikan itu, Ismail berkata, dia berasa bangga dan menganggap tindakan pantas terbabit merupakan sesuatu yang tepat bagi mengelakkan ikan terbabit mati.

Katanya, dia amat terkejut mengenai kehadiran ikan itu yang sempat digelarnya sebagai 'Si Corner' di perairan Pontian memandangkan kejadian terbabit merupakan kali pertama berlaku sejak dia menjadi nelayan selama 30 tahun.

"Saya berharap 'Si Corner' selamat berenang ke laut lepas dan terus hidup. Kemungkinan dia terlepas daripada kumpulannya dan sesat hingga ke tepi pantai," katanya sambil berseloroh ikan itu digelar 'Si Corner' kerana sikapnya yang menghala ke arah lain dan membelok berpatah balik ke bahagian cetek ketika cuba ditarik ke laut dalam. - Bernama

Tags / Kata Kunci: ikan paus

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan