Kadar Tambang MASwings Di Malaysia Timur Dijangka Naik

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 3:26 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Tambang untuk penerbangan tempatan MASwings antara bandar-bandar utama di Sabah dan Sarawak dijangka meningkat bermula tahun depan dengan penghapusan subsidi kerajaan Persekutuan terhadap beberapa laluan syarikat penerbangan itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kajian sedang dijalankan bagi laluan yang tidak lagi diberikan subsidi kerajaan Persekutuan menjelang pembaharuan kontraknya dengan MASwings pada tahun 2017.

"Laluan yang disediakan oleh syarikat penerbangan lain seperti dari Kota Kinabalu ke Sibu tidak lagi diberi subsidi," kata Tiong Lai, yang juga Presiden MCA selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina di sini pada Selasa.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Ketua MCA Sabah Datuk Wee Ka Siong.

Tiong Lai berkata di bawah kontrak lanjutan, kerajaan Persekutuan akan menyediakan subsidi kepada MASwings sebanyak RM190 juta selama tujuh tahun.

"Subsidi itu akan digunakan untuk laluan luar bandar yang akan membolehkan orang yang tinggal di komuniti luar bandar untuk terbang ke bandar-bandar pada kos yang munasabah," katanya.

Tiong Lai berkata kerajaan tidak mempunyai sekatan dari segi membolehkan MASwings mengembangkan operasinya melangkaui 49 destinasi sedia ada dalam Borneo.

"Kami menggalakkan MASwings untuk menyediakan perkhidmatan ke destinasi dalam lingkungan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur (EAGA)," katanya.

EAGA terdiri daripada Sabah, Sarawak, Labuan, Brunei, Mindanao dan Palawan di selatan Filipina serta wilayah Kalimantan, Indonesia, Sulawesi dan Maluku.

Tags / Kata Kunci: Datuk Seri Liow Tiong Lai , MASwings

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan