PAS Alu-Alukan Amanah Bertanding Kerusi Diwakilinya - Takiyuddin

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 7:41 PM

Takiyuddin Hassan.

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: PAS pada Selasa mengalu-alukan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk bertanding bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili PAS, pada pilihan raya umum akan datang.  

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS tidak mempunyai kaitan langsung dengan parti itu walaupun ramai pemimpin dan anggota Amanah terdiri daripada kalangan bekas anggota PAS.

"(Amanah) tak ada kena mengena dengan kita dan dia tak perlu nak 'consult' dengan kita pun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Presiden Kehormat Gabungan Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Chan Chia Ling yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di sini, Selasa.

Pengerusi Amanah Selangor, Ir Izham Hashim sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu akan meletakkan calon di semua kerusi Parlimen dan DUN yang diwakili PAS.

Takiyuddin yang juga anggota Parlimen Kota Baru berkata, tindakan Amanah untuk meletakkan calon mereka diyakini tidak akan menjejaskan undi yang diterima PAS sebelum ini.

Mengulas mengenai tindakan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang yang kebelakangan ini dilihat banyak menghentam parti sendiri, Takiyuddin berkata, perkara itu kini dalam perhatian pihaknya.

"Husam boleh dikenakan hukuman tatatertib sama ada dilucutkan jawatan dalam parti, digantung keanggotaan mahupun dipecat daripada parti," katanya. - Bernama


Tags / Kata Kunci: Amanah , Takiyuddin Hassan

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan