Jumlah Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat, Menurun Di Johor, Melaka

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 10:22 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah Kuching dan Bau meningkat awal pagi Selasa sehingga menjangkau 1,065 orang daripada 253 keluarga berbanding 765 orang daripada 175 keluarga malam Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata dua lagi pusat pemindahan dibuka di daerah Kuching menjadikan jumlahnya kini sembilan buah.

Namun, katanya jumlah mangsa di Dewan Serbaguna Taman Malihah yang paling ramai menempatkan mangsa iaitu seramai 469 orang malam tadi sudah berkurangan kepada 66 orang pagi ini.

Beliau berkata sementara di daerah Bau, satu lagi pusat pemindahan di buka di Surau Dahrul Idayah malam tadi menjadikan jumlahnya kini empat buah.

Di JOHOR, jumlah mangsa banjir di daerah Tangkak dan Segamat berkurangan daripada 137 orang kepada 135 orang di empat pusat pemindahan pagi ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), mereka terdiri daripada 35 keluarga dari Kampung Awat dan Kampung Spang Loi di Segamat dan Kampung Seberang Gajah, Kampung Sialang, Kampung Tanjung Laboh dan Seri Makmur di Tangkak.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tangkak berkata jumlah mangsa di daerah tersebut meningkat kepada 104 orang pagi ini daripada 102 orang semalam.

"Sehingga 8 pagi, 27 keluarga masih berada di Sekolah Kebangsaan Sialang dan Sekolah Agama Bandar Tangkak," katanya.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Segamat pula berkata jumlah mangsa banjir di daerah berkenaan masih mencatat angka yang sama iaitu 31 orang daripada lapan keluarga yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Awat dan Sekolah Kebangsaan Spang Loi.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di Alor Gajah menurun kepada 189 orang daripada 47 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 280 keluarga daripada 69 keluarga pada pukul 8 malam tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Melaka, Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu, 163 orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam manakala 26 orang lagi di Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal.

Cuaca di sebelah pagi ini adalah baik.
Tags / Kata Kunci: mangsa banjir , pusat pemindahan

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan