Bahagian Enjin Kereta Api Ekspres Rakyat Terbakar, 310 Penumpang Selamat

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 4:54 PM

Bahagian enjin gerabak kereta api Ekspres Rakyat terbakar dekat Stesen Komuter Sg Gadut, Seremban. Foto twitter @bernamadotcom

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kereta api Ekspres Rakyat terbakar kira-kira satu kilometer dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Sungai Gadut, dekat sini, petang Selasa ekoran kerosakan enjin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian 2.35 petang itu, seramai 310 penumpang kereta api termasuk pemandu selamat dan tidak mengalami kecederaan. 

"Kereta api Ekspres Rakyat itu sedang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Butterworth, Pulau Pinang. Kebakaran itu berlaku akibat kerosakan enjin yang menyebabkan 80 peratus bahagian enjin dan tempat pemandu hangus. 

"Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada 2.49 petang berjaya memadam dan mengawal api 10 minit kemudian daripada merebak ke gerabak yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata, kesemua penumpang telah diarahkan turun dan berjalan balik ke stesen KTMB Sungai Gadut.

Bagaimanapun, katanya pemandu kereta api mengalami cedera ringan melecur di bahagian jari. 

Seramai 21 anggota melibatkan tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Senawang dan Rembau dikerah ke lokasi kejadian. - Bernama

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan