Adun PAS Mohon Maaf Pakai Kostum Dewa Cina

Diterbitkan: Selasa, 9 Februari 2016 11:07 AM

Mohd Khairuddin Othman

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman (PAS) telah mencetuskan kontroversi kerana berpakaian seperti seorang Maharaja Cina.

Bagaimanapun, beliau tidak tahu bahawa kostum yang dipakainya itu menyerupai kostum Dewa Cao Guojiu.

Dalam satu kenyataan yang dipetik dari organisasi berita PAS Harakahdaily, Khairuddin mengakui kesilapannya dan menjelaskan bahawa beliau telah diberitahu oleh penduduk di Wangsa Permai, Kepong bahawa pakaian itu adalah pakaian Maharaja Cina.

"Keyakinan saya bahawa perayaan Chinese New Year adalah berbentuk perayaan masyarakat Cina sebab itu saya percaya pakaian itu adalah budaya dan ia tidak ada kena mengena dengan agama mereka," beliau dipetik sebagai berkata.

Khairuddin, yang juga Setiausaha PAS Selangor bagaimanapun akan menerima apa jua keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama terhadapnya.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Setiausaha Majlis Syura Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan kejadian itu sebagai 'mengecewakan'.

"Tetapi kita tidak merasakan tindakannya bertujuan untuk menentang ajaran atau memperkecilkan Islam," katanya.

Zawawi kemudian menasihati ahli-ahli PAS supaya berhati-hati dengan perkara-perkara yang melibatkan agama untuk mengelakkan sebarang salah faham.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan