Yang Di-Pertuan Agong Ziarah Jenazah Bekas Speaker DUN Kedah

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2016 1:20 PM

Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah Hamidun (dua kanan) berkenan memberi penghormatan terakhir berangkat menziarahi jenazah Abdullah Ismail di kediaman Allahyarham, di Jalan Mahkota, Alor Setar, Isnin. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan berangkat menziarah jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Kedah Datuk Paduka Abdullah Ismail yang meninggal dunia pada Ahad kerana sakit tua.

Tuanku Abdul Halim yang juga Sultan Kedah, dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di kediaman Allahyarham di Jalan Mahkota di sini pada kira-kira 9 pagi.

Turut berangkat, Tunku Panglima Besar Kedah Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan isteri Datin Seri Hizam Awang Ahmad turut hadir. Baginda berdua meluangkan masa kira-kira 20 minit di rumah Allahyarham serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Abdullah, 89, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada kira-kira 4.30 petang Ahad.  

Lebih dikenali sebagai Datuk Lah Fendi, Allahyarham memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah sekitar 1990-an serta merupakan teman rapat baginda terutamanya dalam sukan golf.  

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Exco kerajaan negeri selama dua penggal pada 1990-an. 

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Che Amah Putih, 69, dan tiga anak lelaki serta tiga anak perempuan berusia 44 hingga 60 tahun. 

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Ruat, Yan pada kira-kira 11 pagi Isnin untuk dikebumikan.-Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan