Cadangan Kaji Semula Hukuman OSA Bukti Kebocoran Maklumat Serius - Salleh

Diterbitkan: Isnin, 8 Februari 2016 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BELUD: Cadangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah bukti kebocoran maklumat rahsia kerajaan semakin serius, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berpendapat cadangan untuk meminda akta itu bagi tujuan mengenakan hukuman lebih berat terhadap mereka yang membocorkan rahsia negara atau kerajaan jelas membuktikan kerajaan serius untuk menangani permasalahan itu.

"Kita bertanggungjawab menentukan amanah diberikan kepada kita itu harus disimpan baik-baik kerana perbuatan (membocorkan maklumat rahsia kerajaan) itu boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita sebagai mengulas cadangan peguam negara berhubung perkara itu baru-baru ini.

Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan dan memetik Mohamed Apandi sebagai berkata beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia kerajaandan negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.

Peguam Negara berkata beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman penjara seumur hidup dan 10 kali sebatan untuk pesalah.

Mohamed Apandi juga dilaporkan sebagai berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan itu.

Salleh, yang turut bersetuju dengan pandangan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar mana-mana pihak tidak mempolitikkan keputusan peguam negara itu, berkata kerajaan sudah tentu mengalu-alukan dan akan mendengar pendapat pelbagai pihak sebelum keputusan rasmi dikeluarkan.

"Sudah tentu sebarang cadangan dan pandangan daripada rakyat akan diteliti sebelum sesuatu tindakan diambil, apa yang penting kita tidak harus mempolitikkan isu ini sepertimana ditegaskan timbalan perdana menteri," katanya.

Mengulas pengamal media akan dikenakan tindakan jika melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat diperolehi, Salleh berkata setiap wartawan di negara ini mesti mempunyai sikap bertanggungjawab dalam melaporkan berita dan mereka tidak seharusnya beranggapan tidak boleh mendedahkan sumber maklumat atas alasan menjaga etika kewartawanan.

"Kadang-kadang (berita) ini bocor daripada maklumat kerajaan dan ia (kebocoran maklumat) adalah satu kesalahan. Jika wartawan melaporkan hal-hal yang salah di sisi undang-undang, maka (secara tidak langsung) wartawan terlibat dengan kesalahan itu," katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: OSA , Peguam Negara , Media

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan