TPM Makan Tengah Hari Bersama Umno Johor

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 3:03 PM

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kanan) selepas berkenan menerima menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri). Ahmad Zahid, yang tiba kira-kira 11.10 pagi, berada kira-kira sejam di istana itu, sebelum beredar pada 12.10 tengah hari.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menghadiri majlis makan tengah hari tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Johor.

Naib Presiden UMNO itu tiba pada kira-kira 1.00 tengah hari di majlis diadakan di Hotel Puteri Pacific, di sini, dengan diiringi Menteri Besar Johor yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut hadir, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Md Jais Sarday.

Majlis makan itu berlangsung kira-kira sejam sebelum Ahmad Zahid dijadual menghadiri pertemuan tertutup bersama Badan Perhubungan UMNO Johor pada kira-kira 2.00 petang, di hotel yang sama.

Beliau kemudian dijadual menghadiri majlis perjumpaan khas UMNO Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini, pada 3.00 petang.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di Istana Pasir Pelangi, di sini, kira-kira 11.15 pagi. 

Tags / Kata Kunci: Umno

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan