TPM Hadir Perjumpaan Khas Dengan Umno Johor

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 6:23 PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir pada Majlis Perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri Bersama Umno Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada pada Ahad. Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu kira-kira 1,000 anggota Umno Johor dalam satu majlis \perjumpaan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno tiba pada 3.15 petang dan meluangkan masa lebih sejam untuk menghadiri perjumpaan itu, yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Menteri Besar Johor.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang juga Naib Presiden Umno, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Tan Sri Mohamad Aziz.

Beberapa timbalan menteri dari Johor termasuk Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim; Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Ir Hamim Samuri juga menghadiri mesyuarat itu.

Terdahulu, Ahmad Zahid turut mengadakan satu pertemuan tertutup dan majlis makan tengahari bersama Badan Perhubungan Umno Johor di sebuah hotel di bandar raya ini.

Pada sebelah pagi, beliau menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan