Peminjam PTPTN Terlibat Banjir Dinasihat Bincang Jadual Pembayaran

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 2:27 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR GAJAH: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terlibat bencana banjir dinasihatkan berbincang dengan perbadanan itu untuk penjadualan dan penstrukturan semula pinjaman mereka.

Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata perbadanan itu prihatin dengan beban yang dipikul peminjam akibat bencana banjir dan sentiasa bersedia untuk berbincang bagi meringankan beban ditanggung peminjam.

Sehubungan itu, beliau berkata peminjam tersebut boleh datang sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN seluruh negara untuk melakukan perbincangan itu.

"Penstrukturan dan penjadualan itu boleh kita buat sehingga beberapa tahun bergantung keperluan serta syarat yang diambil maklum seperti umur peminjam sehingga 60 tahun dan sebagainya.

"Tetapi apa yang jadi masalah ialah jika peminjam itu langsung tidak berjumpa kita dan terus berhenti membayar balik pinjaman mereka tanpa beritahu kita, jadi jumpa kita dulu, kita sedia untuk berbincang," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Kebajikan UMNO berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kawasan yang dilanda banjir di sini.

Seramai 3,092 orang daripada 670 keluarga dipindahkan di Melaka sehingga 12 tengah hari ini akibat bencana banjir yang melanda negeri ini sejak semalam.

Tags / Kata Kunci: PTPTN

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan