Mukhriz Minta Majlis Raja-Raja Tuntut Penemuan Siasatan 1MDB

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 4:46 PM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa tiada sebarang usaha meyakinkan daripada kerajaan dalam memastikan siasatan telus terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).  

Bekas menteri besar Kedah itu berkata, ini kerana Majlis Raja-Raja menitahkan supaya isu 1MDB diselesaikan secara telus, tetapi tidak diambil serius.

Beliau dalam satu kenyatan pada Ahad berkata, sudah empat bulan berlalu sejak Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan tetapi tidak ada apa-apa perkembangan yang meyakinkan rakyat daripada perdana menteri.

Sehubungan itu, Mukhriz meminta Majlis Raja-Raja yang akan mengadakan mesyuarat pada 17 dan 18 Februari ini, supaya mengarahkan pihak berkuasa terlibat dalam siasatan 1MDB untuk melaporkan mengenai siasatan mereka secara telus dan benar, tanpa melindungi mana-mana pihak.

Pihak berkuasa itu termasuk Peguam Negara, Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC). 

Mukhriz meletakkan jawatan sebagai menteri besar Kedah pada Rabu lalu selepas hilang keyakinan di kalangan ketua-ketua Umno bahagian.

Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang merupakan bekas senator dan timbalan menteri, mengangkat sumpah memegang jawatan itu pada Khamis lalu bagi menggantikan Mukhriz.



Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir , 1MDB

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan