Malaysia Kutuk Pelancaran Roket Korea Utara

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 11:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk pelancaran roket jarak jauh oleh Republik Demokratik Rakyat Korea pada Ahad. 

Kementerian Luar berkata, Malaysia kesal kerana negara itu masih meneruskan program misilnya.

"Tindakan-tindakan sebegini merupakan pencabulan yang jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan," kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini, Ahad malam.

Menurut Wisma Putra demi keamanan dan keselamatan antarabangsa, Malaysia menggesa Republik Demokratik Rakyat Korea untuk menghentikan serta merta program sedemikian dan mematuhi sepenuhnya resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Media antarabangsa melaporkan Korea Utara melancarkan roket jarak jauh yang didakwanya membawa satelit.

Roket berkenaan dilapor dilepaskan dari pangkalan roket Dongchang-ri, di barat laut negara itu kira-kira 9.30 pagi Ahad (waktu Korea Utara). - Bernama 

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan