Ahmad Bashah Mula Tugas MB Kedah

Diterbitkan: Ahad, 7 Februari 2016 9:00 AM

Ahmad Bashah memasukkan kad perakam waktu pada hari pertama bertugas ketika tiba di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darul Aman, Ahad. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah memulakan tugas baharunya di Wisma Darul Aman, di sini pagi Ahad.

Ahmad Bashah, 66, tiba di Wisma Darul Aman dengan berpakaian sut hitam pada 7.45 pagi.

Kehadiran beliau disambut Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid, pegawai dalaman serta kakitangan Wisma Darul Aman.

Beliau kemudiannya diberi taklimat ringkas mengenai Pejabat Menteri Besar oleh SUK selama 30 minit.

"Saya akan bertemu dengan pegawai kerajaan di sini untuk mendapatkan taklimat mengenai semua tugasan yang perlu saya tahu," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata itu pada sidang media di Pejabat Menteri Besar di Bangunan Wisma Darul Aman, di sini, pagi Ahad.

Terdahulu, Ahmad Bashah bersama pegawai dalaman dan kakitangan di Wisma Darul Aman mengadakan bacaan doa di pintu masuk Pejabat Menteri Besar sebagai tanda kesyukuran.

Beliau memasuki pejabatnya pada pukul 7.59 pagi.



Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah Md Hanipah , MB Kedah

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan