256 Terima Darjah Kebesaran Sultan Pahang

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 8:53 AM

Doris Sophia Ahmad Brodi.

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Yang DiPertua Dewan Negara Senator Datuk Doris Sophia Ahmad Brodi mendahului 256 senarai penerima darjah kebesaran dan pingat bersempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, di Istana Abu Bakar di sini, Sabtu.

Doris Sophia adalah antara 14 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat peringkat pertama itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Selain Doris Sophia, Anggota Dewan Negara Senator Datuk Khairuddin E.S Abd Samad, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Jamil Salleh, dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mohd Jamidan Abdullah, turut menerima darjah kebesaran tersebut.

Penerima lain ialah Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Datuk Abd Shukor Ibrahim, Pakar Perunding Ortopedik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Datuk Dr P. Nottath Premchandran, Presiden Am Taekwondo Profesional Dunia Ibu Pejabat Kukkiwon Datuk Lau Kueng Chai dan Pengarah Urusan MMN Bina Sdn Bhd Datuk Mohamed Mokhtar Nadzri.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Dubaiz Datuk Dr Rusli Zaman, Pengarah Urusan Aras Kuasa Sdn Bhd Datuk Pek Kok Sam, Pengarah Urusan DZZ Global Trading Datuk Zakaria Zainuddin, Peguam Bela dan Peguam Cara Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos, ahli perniagaan Joseph Ting King Sung dan Pengerusi Mutual Investment Sdn Bhd S Ramachandran.

Enam individu pula dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah (DSAP) yang membawa gelaran Datuk iaitu Duta Besar Malaysia ke Kuwait Ahmad Rozian Abd Ghani, Pengarah Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad Datuk Mohd Fithri Othman, Pengarah Eksekutif Deloitte Mohd Nizar Mohd Najib.

Turut menerima DSAP ialah Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang Mohd Yunus Md Yusof, Pesuruhjaya Penyemak dan Pembaharuan Undang-undang Jabatan Peguam Negara Siti Zawahir Mohamed serta Peguam Bela dan Peguam Cara Zaharman Zainal Abidin.

Sementara itu, 85 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Vazeer Alam Mydin Meera, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor Mohamed Arifin Awang Ismail, dan Adun Bebar Mohd Fakhruddin Mohd Ariff.

Adun Batang Kali Tuan Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan Datin Junaidah Kamarruddin dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Mokhtar Musri.

Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia Dr Sukarno Wagiman, Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia Shamsiah Kamaruddin, Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM Nor Azmi Karim, Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Prince Court Dr Yap Yee Guan.

Turut menerima DIMP, Pakar Onkologi Hospital Pakar KPJ Sabah Dr S. Jaswant Singh, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Hashim Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Engku Mohd Azmi Engku Mohd Basri dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Johari Ramli.

Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Wan Ramli Wan Abdullah dan Alias Salim, Pengarah Urusan Tall Order Sdn Bhd Gerald Hans Isaac dan Pengarah Seksyen Pengurusan Maklumat Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Kamarudin Tahir.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Pahang Mohamad Zawawi Mahmud, Setiausaha Sulit Kanan kepada Setiausaha Perbendaharaan Shahrol Anuwar Sarman, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Mark Ujin @ Kamaredzuan Mark Abdul Rahman, Pengarah Penjara Pahang Ab Basir Mohamad dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Habibah Mohamed Yusof.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan UDA Holdings Bhd Julainie Mohd Salleh, Orang Besar Istana Panglima Dalam Mohd Taib Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd Mohd Zain Hassan dan Komander Unit Tindak Khas Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman SAC Hazani Ghazali.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman SAC Zamri Shamsuddin, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kerja Raya Ahmad Wafi Harunssani, Pegawai Khas kepada Menteri Pertahanan Noraslina Zainal Abidin.

Ketua Staf Pasukan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) SAC Mohamad Ismail, Komander Pasukan Gerakan Udara SAC S. Sathiya Seelan, Naib Presiden Eksekutif/Pengurus Besar Maybank London Nik Ahmad Farid Nik Mohamed.

Timbalan Presiden (Akademik dan Teknologi) Universiti Kuala Lumpur Prof Dr Azanam Shah Hashim dan Profesor Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang Prof Madya Dr Zularisam Ab Wahid.

Pakar Perunding Ortopedik, Jabatan Ortopedik Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Abdul Halim Yusof, Pakar Bedah Urologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Dr Azhar Amir Hamzah dan Presiden Eksekutif KRU Bros Sdn Bhd Norman Abdul Halim.

Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kuala Lumpur Ami Mohamad, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Amiruddin Alias, Konsul Haji/Pengarah Tabung Haji Arab Saudi Redhuan Sabaruddin, Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Amir Harun dan Penolong Pengarah Imigresen (Kanan) Jabatan Imigresen Sharifah Abdullah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan