Wang Diberikan Kepada Najib Untuk Pelaburan Bukan Derma Dana Politik - Menteri Arab Saudi - Berita Semasa | mStar

Wang Diberikan Kepada Najib Untuk Pelaburan Bukan Derma Dana Politik - Menteri Arab Saudi

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 2:27 PM

Adel al-Jubeir.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang menteri kerajaan Arab Saudi percaya wang yang disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk pelaburan dan bukannya derma dana politik.

Menteri Luar Adel al-Jubeir berkata walaupun beliau menerima pendapat Peguam Negara bahawa tiada wujud salah laku, beliau tidak fikir wang tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi atau untuk tujuan derma dana politik.

"Ia adalah milik persendirian warga Arab Saudi, saya percaya, dan dana itu untuk tujuan pelaburan di Malaysia," katanya dalam satu temu bual dengan New York Times pada Khamis.

Akhbar tersebut turut memetik seorang ahli keluarga diraja dan salah seorang yang mempunyai hubungan dengan keluarga tersebut yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan, mengesahkan wang tersebut bukan untuk derma dana politik.

"Individu tersebut mempertikaikan jumlah yang dilaporkan tetapi memberitahu pemberian wang tersebut sebagai sebahagian daripada perjanjian perniagaan," menurut akhbar berkenaan.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memutuskan bahawa tiada kesalahan jenayah dilakukan oleh Perdana Menteri berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apandi dilaporkan berkata beliau sudah mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan berkenaan ditutup atau NFA/KUS, bermakna tiada tindakan lanjut (NFA)/kemas untuk simpan (KUS).

Kertas siasatan itu termasuk satu membabitkan dana RM2.6 bilion (jumlah sebenar adalah RM2.08 bilion) dan dua kertas siasatan berkaitan kes SRC International (SRC) yang sudah dikemukakan kembali kepada Apandi oleh SPRM.


Tags / Kata Kunci: Arab Saudi , derma dana politik
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan