Levi: KDN Bincang Dengan Majikan Selepas Tahun Baru Cina

Diterbitkan: Sabtu, 6 Februari 2016 7:15 AM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan pertemuan dengan majikan-majikan selepas Tahun Baru Cina untuk mendengar rungutan mereka ke atas levi baharu untuk pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memanggil wakil-wakil daripada Persekutuan Majikan Malaysia, pengeluar, pertubuhan dan persatuan untuk berbincang mengenai perkara itu.

"Kami mahu mendengar pandangan mereka tetapi kita mahu mengingatkan bahawa langkah baharu ini akan menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada pendapatan negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan KDN, Jumaat.

Kadar baharu ini berkuatkuasa pada 1 Februari dan terpakai kepada dua kategori.

Sebelum ini pekerja asing dikenakan kadar yang berbeza mengikut sektor di mana mereka bekerja, seperti pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian.

Kini hanya terdapat dua kategori - satu untuk sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan dengan levi sebanyak RM2,500 dan satu lagi untuk sektor perladangan dan pertanian di mana levi yang dikenakan adalah RM1,500 bagi setiap pekerja.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata Program Penggajian dan Penempatan Semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam talian akan dilaksanakan bermula 15 Februari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata buat permulaan program yang akan memanfaatkan kira-kira dua juta pekerja asing tanpa dokumen yang sah itu akan dilaksanakan selama tiga bulan.

Beliau berkata program itu akan membantu pekerja terbabit daripada ditipu ejen pekerja asing dalam urusan mendaftarkan mereka.

"Sebelum ini ada majikan yang melakukannya melalui ejen tetapi selepas membayar sejumlah wang, pendaftaran itu tidak dilaksanakan menjadikan pekerja itu bekerja tanpa dokumen sah.

"Ia juga dapat mengelak kes majikan tidak membayar levi atas pekerja terbabit," katanya.

Beliau berkata program itu akan diteruskan jika mendapat sambutan baik daripada majikan dan pendatang asing.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan