Perkhidmatan Bas Mungkin Terganggu Menjelang Cuti Panjang

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 8:46 AM

(Ubah saiz teks)

EKSKLUSIF

KUALA LUMPUR: Beribu-ribu pengguna mungkin berdepan masalah atau tidak dapat pulang pada cuti panjang Tahun Baru Cina apabila syarikat-syarikat bas ekspres terperangkap dengan isu insurans.

Syarat baharu untuk mendapatkan insurans telah mengejutkan pengendali dan syarikat-syarikat bas dan boleh menyebabkan ratusan, jika tidak ribuan bas tidak dapat bergerak di jalan raya.

Ini kerana Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) mahu semua bas mempunyai peranti pengesan khas sebelum mereka boleh mendapatkan insurans dan kemudiannya cukai jalan.

Keperluan itu datang hanya beberapa minggu sebelum orang ramai sibuk untuk pulang ke kampung halaman menjelang musim perayaan.

Sesetengah pengendali bas berkata mereka menerima surat daripada MMIP pada pertengahan Januari memberitahu mereka supaya memasang peranti pengesan khas dalam bas bermula 1 Februari.

Surat itu menyatakan bahawa, produk insurans telematik yang baharu telah diperkenalkan untuk menangani 'insiden tinggi' kemalangan bas dan kematian.

Katanya, peranti itu perlu dipasang dalam bas supaya MMIP boleh memantau dan memberi amaran kepada pemandu syarikat bas yang tidak memenuhi piawaian tertentu.

Antara lain, peranti telematik bas boleh merakam tingkah laku memandu dalam masa nyata, seperti bagaimana dia membelok, menggunakan brek dan corak pemanduannya.

Surat itu berkata peranti itu harus dipasang sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh pembaharuan polisi 'untuk mengelakkan sebarang kesulitan'.

MMIP dalam suratnya turut menyatakan bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Vehicle Telematics Online Services Sdn Bhd untuk pemasangan peranti itu.

Borang tempahan yang dilihat oleh The Star menunjukkan bahawa peranti dan pemasangan akan menelan kos berjumlah RM2,300.

Pemasangan di luar akan dikenakan kos tambahan RM200. Selain itu, pengendali juga akan dikenakan bayaran tahunan sebanyak RM900 untuk setiap bas.

Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai polisi insurans tidak boleh memohon cukai jalan, sekali gus tidak dapat meneruskan perkhidmatan.

Walaupun pengusaha bas tidak menentang langkah itu, ramai yang menentang yuran yang dikenakan.

"Jika saya mempunyai 100 buah bas, kos permulaan saya akan menjadi RM340,000. Saya tidak mempunyai wang," kata Presiden Persatuan Pengusaha Bas Johor J Sachdev.

Beliau berkata, MMIP tidak berbincang atau memaklumkan pengusaha-pengusaha bas sebelum membuat ketetapan itu dan ahli-ahlinya menerima surat pada pertengahan Januari.

Yuran baharu itu adalah 'kesakitan' tambahan untuk pengusaha bas ekspres yang tidak boleh mengimbangi kos mereka dan terpaksa berdepan dengan beberapa isu tambang lain.

Walaupun jumlah bilangan bas yang tidak dapat memperbaharui lesen untuk minggu ini tidak diketahui , Suchdav berkata 'kira-kira buah 100 bas' tidak akan berada di jalan-jalan Johor sepanjang cuti.

Beliau berkata adalah tidak mustahil terdapat penumpang yang mungkin tidak dapat meneruskan perjalanan mereka, kerana bas mereka tidak boleh bergerak di jalan raya.

Pengarah Urusan Konsortium Transnasional Bhd Tan Sri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata beliau hanya mengetahui mengenai langkah itu melalui 'khabar-khabar angin dalam industri'.

Beliau berkata bas-bas ekspres telah pun mempunyai peranti GPS yang dipasang, satu keperluan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum ini, justeru peranti lain tidak lagi diperlukan.

"GPS sudah ada, mengapa perlukan begitu banyak sistem," katanya, marah.

Beliau berkata operasi KTB tidak akan terjejas untuk Tahun Baru Cina ini, tetapi bimbang tentang kos yang perlu ditanggung syarikat itu yang mempunyai 1,400 buah bas.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Malaysia Datuk Ashfar Ali berkata, beberapa ahli-ahlinya mungkin tidak dapat menghantar bas mereka minggu ini.

"Kita hanya ada bas yang sedikit yang boleh bergerak di jalan raya, jadi saya meminta mereka (MMIP) untuk tidak melaksanakannya," kata beliau.

Beliau berkata walaupun pihaknya bimbang tentang kemalangan dan keselamatan, langkah MMIP itu bukanlah satu cara yang betul.

"Kami mahu mereka untuk menangguhkannya sehingga April atau Mei, sehingga kita boleh menyelesaikan isu ini," katanya.

Laporan statistik oleh SPAD menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 4,718 bas ekspres, dari lebih 47,000 buah bas di seluruh negara, termasuk bas sekolah, bas pelancongan dan bas-bas lain.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan