Mara Rancang Kurang Penghantaran Pelajar Ke Luar Negara

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 10:11 AM

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) merancang untuk mengurangkan bilangan pelajar yang dihantar ke luar negara dan membiayai pengajian mereka di pusat pengajian tinggi tempatan bagi membantu melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rancangan ini dibuat bukan disebabkan kelemahan ringgit, sebaliknya satu tindakan wajar selaras usaha yang sedang dibuat untuk menggalakkan pelajar antarabangsa mendaftar di universiti dan kolej di Malaysia.

Katanya, selaras dengan universiti milik Mara yang akan dibuka pada Jun ini, beliau berkata rancangan itu dilihat mampu dilaksanakan kerana terdapat tempat yang mencukupi kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Kampus UniMara terletak di Bukit Jalil dan pengambilan pertama dijangka menyaksikan kira-kira 1,000 pelajar mendaftar untuk pelbagai kursus.

"Kami masih memikirkan ideanya. Ia tidak bermakna kita akan berhenti menghantar pelajar ke luar negara sepenuhnya tetapi bilangan itu akan dikurangkan dengan ketara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya.

Menteri itu berkata kertas kerja perlu dibuat dan dibentangkan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan.

Ismail Sabri berkata salah satu pilihan yang sedang diteliti adalah untuk melibatkan diri dalam program berkembar bersama universiti terkemuka luar negara bagi mengurangkan perbelanjaan Mara.

"Kerajaan sedang berusaha keras untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan dan menggalakkan pelajar meneruskan pengajian mereka di sini. Adalah tidak wajar jika kita menghantar pelajar-pelajar kita sendiri ke luar negara," katanya.

Ismail Sabri memberi jaminan bahawa mereka yang sedang mengikuti kursus-kursus tajaan Mara dapat meneruskan pengajian mereka atau terus mendapat pinjaman.

Mara memperuntukkan kira-kira RM2 bilion setahun dalam bentuk tajaan, geran dan pinjaman pelajaran, di mana RM1.2 bilion telah disediakan untuk pelajar di universiti tempatan, kolej dan institusi dan baki RM800 juta untuk pelajar luar negara.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan