Isteri Pengerusi MAIS Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 10:03 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Isteri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohamad Azib Mohd Isa meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara, dekat sini petang Jumaat.

Allahyarhamah Datin Mahanom Johari, 66, menghembuskan nafas terakhir di hospital berkenaan pada kira-kira 6.30 petang dipercayai akibat penyakit berkaitan usus.

Jenazah dijangka tiba di kediamannya di Seksyen 7 di sini, malam Jumaat dan akan disembahyangkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 10 pagi Sabtu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Allahyarhamah meninggalkan tiga anak serta empat cucu. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: isteri , Pengerusi MAIS , meninggal dunia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan