Kanser Boleh Dicegah, Dirawat Jika Dikesan Awal

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 1:24 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Satu pertiga daripada penyakit kanser boleh dicegah, manakala satu pertiga boleh dirawat dengan baik sekiranya dikesan pada peringkat awal.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dalam kenyataan hari ini sempena Hari Kanser Sedunia menggesa setiap organisasi dan individu agar bersama-sama memainkan peranan untuk mencegah serta mengawal kanser.

"Faktor-faktor risiko penyakit kanser adalah serupa dengan faktor risiko penyakit tidak berjangkit lain iaitu gaya hidup tidak aktif (sedentari), tabiat merokok, amalan pemakanan kurang sihat, obesiti dan pengambilan alkohol," katanya.

Hari Kanser Sedunia tahun ini disambut semalam bertemakan 'Kami Boleh, Saya Boleh' bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai beban penyakit kanser yang boleh dibendung bersama. 

Di Malaysia, katanya, kanser adalah satu daripada penyebab utama kematian di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta di hospital swasta.

Katanya pada 2014, 13.02 peratus kematian direkodkan di hospital KKM manakala 25.53 peratus direkodkan di hospital swasta adalah disebabkan penyakit kanser.

Selain daripada pencegahan, Dr Subramaniam berkata pengesanan kanser pada peringkat awal amat penting kerana memberi peluang untuk merawat kanser dengan baik dan berkesan. 

"Justeru itu, KKM menyeru orang ramai daripada kumpulan umur tertentu agar lebih kerap menjalankan ujian saringan terutamanya untuk kanser payudara, kanser servik dan kanser kolorektal.

"Ujian saringan ini disediakan di fasiliti kesihatan swasta atau kerajaan," katanya. 

Beliau menyarankan rakyat mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara berkala lebih kerap, mengamalkan pemakanan sihat yang seimbang, berhenti merokok serta tampil membuat saringan kanser. --Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan