USM Cuba Hasilkan Gelatin Halal Daripada Kolagen Ikan

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) di sini sedang cuba menghasilkan gelatin halal daripada kolagen ikan.

Prof Dr Abd Karim Alias dari Pusat Pengajian Teknologi Industri (Teknologi Makanan) USM berkata 90 peratus bekalan gelatin dunia terdiri daripada kolagen dari haiwan mamalia seperti sapi dan khinzir, yang tidak halal.

Beliau berkata, menurut World Halal Research pada 2009, pasaran bagi bahan ramuan halal untuk produk makanan ialah kira-kira AS$30 bilion setahun tetapi bekalannya tidak mencukupi.

"Matlamat kami ialah untuk menghasilkan gelatin halal jenis baharu, dan cabarannya ialah mereka tidak harus menggunakan sebarang modifikasi kimia dalam proses," kata beliau dalam ceramah khas di USM di sini, Jumaat.

Antara pelbagai jenis gelatin daripada mamalia, gelatin ikan ialah alternatif yang mempunyai potensi yang cerah," kata beliau.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: USM , kolagen ikan , gelatin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan