Guna ETS Untuk Perjalanan Balik Kampung Yang Lancar - Liow

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 4:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sampai ke destinasi anda pada sambutan Tahun Baru Cina ini tepat pada masanya, selamat dan tanpa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan KTMB kerana mereka sudah melakukan penambahbaikan terhadap kemudahan tersebut.

Dengan perkhidmatan ETS, yang berkelajuan 140km sejam, pengguna boleh menikmati perkhidmatan tren yang lebih selesa berbanding tren konvensional.

Liow berkata pengguna jalan raya yang mahu mengelak kesesakan lalu lintas boleh menggunakan pengangkutan awam untuk Balik Kampung semasa musim perayaan.

"Oleh itu kami menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan tren KTMB. Ia cara yang lebih canggih, selamat dan perjalanan menjadi lebih cepat," katanya selepas mengedarkan beg cenderahati Tahun Baru Cina kepada penumpang di KL Sentral.

Liow berkata penumpang termasuk pesara yang hanya membayar separuh tambang secara amnya berpuas hati dengan keselesaan perkhidmatan tersebut.

Jelas beliau laluan perkhidmatan tren ETS ke Butterworth dan Padang Besar dari Kuala Lumpur turut meningkat.

Bermula pada Jumaat sehingga 14 Februari depan, KTMB menawarkan sebanyak 39 perkhidmatan ETS berbanding hanya 32 perkhidmatan tren bagi menampung permintaan yang tinggi sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Ini termasuk 20 laluan ke utara dan 19 perkhidmatan ke Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Liow Tiong Lai , tren ETS , KTMB

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan