Umat Islam Diseru Berguru Pelajari Al-Quran Agar Tidak Terpesong

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 11:53 PM

Mohamad Hasan.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Umat Islam di negeri ini diseru berguru dalam mempelajari Al-Quran supaya setiap makna kepada pengisian yang dihafaz, didengar dan dialunkan tidak disalah tafsir sehingga terpesong daripada maksud dan ajaran Islam yang sebenar.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu hendaklah diberikan perhatian bagi mengelakkan umat Islam daripada terjerumus kepada fahaman salah yang boleh menyebabkan sikap taksub sehingga boleh membawa  kepada pengertian yang songsang.

"Sekiranya ini berlaku, perbuatan yang seperti ini boleh menyebabkan ada pihak akan bersikap prejudis dan benci kepada Islam dan akan mengaitkan Islam itu dengan perbuatan-perbuatan buruk termasuklah keganasan.

"Hari ini telah muncul istilah Islamophobia akibat daripada perbuatan segelintir golongan pelampau Islam dalam perjuangan mereka. Ini amat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar yang menganjurkan perdamaian dan kesejahteraan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Menghafaz dan Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Sembilan di sini, malam Jumaat.

Turut hadir pada majlis itu Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Mohamad berkata senario dunia Islam hari ini seharusnya menginsafkan bahawa  perpecahan dalam kalangan negara dan umat Islam boleh menjadikan mereka lemah.

Sehubungan itu katanya, umat Islam wajib berusaha untuk membina sebuah masyarakat yang bertakwa, berilmu dan beramal.

"Kita berkehendakkan ummah yang berkualiti setanding dengan bangsa lain di negara maju. Matlamat ini memang boleh dicapai sekiranya kita sentiasa sedar betapa pentingnya kita perlu melalui kehidupan ini dengan panduan ajaran al-Quran dan sunnah Nabi.

"Yakinlah bahawa umat Islam yang sentiasa berpandukan kepada ajaran al-Quran dan sunnah Nabi, akan dapat menjadikan negara dan alam ini sentiasa aman, makmur dan sejahtera," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad menarik perhatian bahawa kemajuan teknologi komunikasi dan maklumat perlu dimanfaatkan tanpa mencetuskan suasana perbalahan.

"Kita perlu sedar, keadaan huru-hara yang berlaku dalam sesebuah negara adalah berpunca daripada angkara manusia. Ada ketikanya kecanggihan teknologi boleh membawa kepada kemudaratan melampau sekiranya kita tersilap dalam percaturan sendiri.

"Jauhilah perbuatan seumpama ini, sebaliknya gunakanlah teknologi ini untuk  memajukan agama, bangsa dan negara agar kita semua dapat hidup dalam keadaan aman dan sejahtera. Marilah bersama-sama kita berpadu dalam satu kesatuan yang jitu bagi mengangkat martabat agama," katanya.

Pada majlis itu, Johan Majlis Tilawah Al-Quran bagi Kategori Lelaki Dewasa dimenangi Mohamad Husaini Mahmur, Muhammad Khairul Asyraaf Kamaludin (Kategori Remaja Lelaki), Dr Mohd Ghazali Abd Rahman (Kategori Veteran Lelaki).

Manakala Nur Ain Akmal Khairunnisa Amir Hamzah (Kategori Wanita Dewasa), Nur Fatihah Zaid (Kategori Remaja Wanita) dan Maimon Harun (Kategori Veteran Wanita).

Johan Tilawah masing-masing menerima RM5,000, pakej menunaikan ibadah haji, hadiah iringan beserta sijil manakala johan hafazan pula menerima RM3,000, pakej menunaikan ibadah haji dan hadiah iringan. - BERNAMA



Tags / Kata Kunci: Al Quran , Mohamad Hasan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan