Beberapa Kawasan Di Lebuhraya Utara-Selatan Mula Sesak

Diterbitkan: Jumaat, 5 Februari 2016 3:29 PM

Orang ramai mula meninggalkan ibu kota, Kuala Lumpur untuk pulang bagi menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing.

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dari ibu negara menghala ke  Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dilaporkan mulai sesak di beberapa kawasan setakat 12.30 tengah hari Jumaat berikutan pertambahan jumlah kenderaan sempena perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata trafik di PLUS bagi arah utara dilapor sesak sepanjang tiga kilometer dari Jawi ke Bandar Baharu manakala trafik juga perlahan dari Slim River ke Sungkai akibat kemalangan kecil di KM366.7 di laluan itu.

"Bagi Lebuhraya PLUS arah selatan, hanya satu laluan dari Senai ke Pulai menghala ke utara dilaporkan sesak sepanjang dua kilometer disebabkan kemalangan," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan trafik ke arah Pantai Timur di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 masih bergerak lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
Tags / Kata Kunci: Plus , trafik sesak , Tahun Baru Cina

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan