Video Papagomo Didakwa Serang Pekerja Asing Jadi Viral

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penulis blog Papagomo kembali meraih perhatian selepas sebuah video dia didakwa menyerang seorang pekerja asing tersebar di media sosial.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral.

Papagomo turut mengugut pekerja berkenaan dan memberitahu dia tidak mahu melihat pekerja itu lagi di lokasi tersebut, yang tidak dikenal pasti.

Dia kemudiannya memberitahu penyelia kepada pekerja asing terbabit sambil mengancam akan memukul pekerja itu lagi sekiranya enggan berbuat demikian.

Papagomo turut memuat naik video berkenaan di halaman Facebook Sir Azri bagi memperjelaskan tindakannya menyerang pekerja berkenaan pada 29 Januari lalu.

Video tersebut meraih lebih sejuta tontonan (view) dikongsikan lebih 24,000 kali.

Papagomo mendakwa pekerja itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua rakan.

Kata Papagomo, mereka mengenal pasti pelaku tersebut dan mengambil tindakan sendiri selaku abang.

"Bukan tidak percaya pada pihak polis tetapi masa yang panjang dan dengan keadaan hari ini yang mana agak susah untuk mengheret pekerja warga asing ini ke balai polis dan silap-silap kes tidak dibawa ke muka pengadilan. Malah lebih teruk lagi pekerja warga asing lari balik ke negara mereka dan kes jadi NFA (tiada tindakan lanjut)," dakwa Papagomo.

"Jadi aku selaku abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual," tambahnya.

Tags / Kata Kunci: Papagomo

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan