Rizalman Dihukum Tahanan Rumah 9 Bulan Kerana Serangan Sumbang

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 9:24 AM

Muhammad Rizalman Ismail.

(Ubah saiz teks)

WELLINGTON: Bekas pegawai waran II yang melakukan serangan sumbang terhadap seorang wanita di New Zealand telah dijatuhi hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan.

Muhammad Rizalman Ismail mengaku melakukan kesalahan itu pada November tahun lalu selepas menafikan pertuduhan awal di atas cubaan pecah rumah dan rogol.

Rizalman telah mengekori Tania Billingsley sehinga ke kediaman wanita itu pada Mei 2014, kemudiannya memecah masuk rumah berkenaan dalam keadaan separuh bogel dengan hanya memakai baju sahaja.

"Anda telah 'menyerang' Billingsley... dia seorang wanita muda, keseorangan di dalam biliknya, berhak berasa selamat di dalam biliknya," kata Hakim, David Collins kepada Rizalman semasa menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Collins berkata, tindakan Rizalman "dirancang", bagaimanapun Billingsley tidak disentuh secara seksual dan Rizalman berharap wanita itu bersetuju untuk melakukan hubungan seks.

"Anda menyalahertikan sebuah senyuman untuk melakukan gangguan seksual, anda sengaja mengikutnya dan menunggu di luar rumah untuk beberapa ketika," ujar hakim.

Rizalman disabitkan hukuman tahanan rumah selama sembilan bulan di sebuah rumah dan akan diusir pulang selepas selesai menjalani hukuman itu. - AFP

Tags / Kata Kunci: Muhammad Rizalman Ismail

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan