Papagomo: Mana-Mana Lelaki Akan Melakukan Perkara Sama

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 5:46 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penulis blog Papagomo mempertahankan tindakannya yang menyerang seorang pekerja warga Pakistan dengan menegaskan mana-mana lelaki akan melakukan perkara sama jika berada di tempatnya.

"Sesiapa pun yang bergelar abang atau suami ataupun ayah pasti akan melakukan pekara yang sama dengan apa aku buat.

"Gangguan seksual tidak boleh diterima sama sekali dalam kehidupan masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia," katanya dalam satu kenyatan di laman Facebook Sir Azri pada Khamis.

Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja warga Pakistan dalam video berdurasi empat minit yang menjadi viral.

Dia mendakwa pekerja itu melakukan gangguan seksual terhadap dua adik perempuannya bersama dua rakan.

Papagomo turut memuat naik video berkenaan di halaman Facebook Sir Azri bagi memperjelaskan tindakannya menyerang pekerja berkenaan pada 29 Januari lalu.

Wan Azri turut 'tersentuh' dengan sokongan yang diterima atas tindakannya itu.

"Terima kasih pada yang memahami isu yang ada hari ini bukanlah berkaitan isu politik, tetapi ianya adalah isu semasa yang kita seluruh rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama mesti peka," katanya.

 

Tags / Kata Kunci: Papagomo , video tampar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan