Mukhriz Di Antara Hak Bersuara Dan Tuntutan Taat Membuta Tuli - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 8:54 AM

Muhyiddin Yassin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno mungkin tidak terus kekal relevan atau mempunyai masa depan yang baik sebagai parti sekiranya keperluan rakyat diabaikan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, sebagaimana dijangka, Mukhriz telah menerima tekanan berterusan daripada beberapa pihak yang mahukan beliau berundur walaupun menerima sokongan daripada majoriti rakyat.

"Saya amat dukacita dengan peristiwa ini. Beliau telah melalui badai politik hampir dua minggu. 

"Saya yakin rakyat tahu apakah sebab sebenar beliau disingkirkan. Di antara hak menyuarakan yang benar dengan tuntutan taat yang membuta tuli," katanya.

Muhyiddin berkata, adalah mengecewakan bahawa Mukhriz terpaksa menarik diri walaupun mempunyai sokongan majoriti rakyat di Kedah.

"Saya percaya, ramai rakyat Kedah yang kecewa. Bahkan, rakyat Malaysia juga kecewa.

"Telah berakhir hari-hari di mana kita percaya bahawa pucuk pimpinan membuat keputusan berdasarkan kehendak rakyat. Nampaknya, dalam episod politik yang mutakhir ini, kehendak segelintir pihak mengatasi kehendak majoriti rakyat," katanya sambil menambah beliau bimbang dengan masa depan Umno.

Menurut Muhyiddin, 'mereka' mungkin lupa bahawa Umno merupakan sebuah parti politik yang mengharapkan sokongan rakyat untuk terus kekal relevan. 

"Jika sesuatu keputusan dibuat tanpa mengambil kira sentimen dan kehendak rakyat terbanyak, saya bimbang masa depan Umno akan terjejas.

"Bukan mudah untuk memperolehi semula kepercayaan rakyat apabila mereka terasa dikhianati. Sesungguhnya, dugaan hebat sedang menanti pengganti Menteri Besar Kedah (Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah) untuk menarik kembali sokongan rakyat kepada Umno," katanya.

Tambah Muhyiddin, beliau yakin Mukhriz tabah menghadapi dugaan ini kerana beliau adalah seorang pemimpin berintegriti dan mempunyai karisma.

Tags / Kata Kunci: Mukhriz Mahathir , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan