Mahfuz 'Pulau' Majlis Angkat Sumpah MB Kedah

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 10:27 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mafuz Omar mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada pagi Khamis.

Mahfuz mendakwa, keputusan itu dibuat berikutan tidak dapat menerima komplot penggulingan dan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan menteri besar sebelum ini.

Jelas ahli Parlimen PAS itu, beliau tidak pernah ponteng daripada menghadiri majlis pelantikan menteri besar negeri tersebut sejak 1999 dengan mengikut segala prosidur dalam jemputan.

"Walaupun berbeza idelogi politik, saya menerima atas semangat demokratik kerana itu Pilihan Raya Umum yang diputuskan oleh rakyat. Namun, pada kali ini yakin majlis angkat sumpah Bashah sebagai MB sangat berlainan kerana ekoran penggulingan Mukhriz sebagai MB akibat dendam kesumat Putrajaya kepada manusia dua beranak iaitu Tun Mahathir dan Mukhriz atas kritikan tajam mereka.

"Saya merenung jauh tentang nasib masa depan negeri ku yang tercinta Kedah Darulaman. Apakah akan terjadi pada anak cucu kita dengan adanya pemimpin politik yang berdendam sehingga Mukhriz yang tidak melakukan kesalahan besar digulingkan.

"Apalah nasib rakyat Kedah dengan MB baru dan barisan exco yang tiada moral dan integriti politik yang hanya menjadi pak turut membabi buta. Saya cukup sedih dan kecewa dengan pemimpin politik seperti ini," dakwanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambah Mahfuz, atas semangat kasihkan negeri dan rakyat Kedah yang sedang berduka, beliau membuat keputusan untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah tersebut kerana percaya rakyat Kedah akan turut sama menyumpah dan menyampah terhadap gerombolan Putrajaya yang menyerang Kedah.

Tags / Kata Kunci: Kedah , Menteri Besar , Pokok Sena

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan