Kukuhkan Perpaduan Setiap Peringkat Di Kedah - Hishammuddin

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 8:36 PM

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berharap pihak-pihak yang terlibat dalam kemelut politik di Kedah dapat kembali memberi tumpuan kepada kepentingan dan kesejahteraan negeri itu serta warganya, terutama dalam situasi ekonomi yang mencabar ketika ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan ketika mengulas perkembangan terkini politik Kedah berkata beliau amat berharap agar perpaduan di setiap peringkat dapat diperkukuhkan.

"Syukur semua pihak telah beri kerjasama sebaiknya untuk selesaikan kemelut politik di Kedah.

"Penyelesaian terhadap kemelut ini adalah hasil kesabaran, kematangan dan kebijaksaan semua pihak sekali gus mengelakkan ia terus berpanjangan," katanya dalam catatan di laman sosial Facebook di sini, Khamis.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bakar Bata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Khamis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Ia susulan pengumuman peletakan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang telah hilang sokongan majoriti wakil rakyat di negeri itu.

Kemelut politik di Kedah bermula apabila hampir seluruh kepimpinan Umno Kedah termasuk 14 Ketua Umno Bahagian menyuarakan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Mukhriz selaku Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah pada 20 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata rakyat Kedah pastinya meletakkan harapan yang tinggi kepada Ahmad Bashah, 66, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-12.

"Tahniah atas amanah dan tanggungjawab baharu. Saya yakin, berkat sokongan semua pihak serta pengalamannya yang cukup luas dalam bidang politik, beliau mampu memimpin Kedah dengan baik.

"Kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir, saya melihat bahawa beliau adalah seorang pemimpin muda yang berjiwa besar dan terpaksa melalui liku-liku politik yang panjang dan mencabar.

"Oleh itu saya berharap agar beliau tidak berputus asa. Terima kasih atas segala khidmat bakti dan jasa baik yang dicurahkan selama ini di Kedah," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Hussein , Kedah

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan