Indonesia Jamin Jerebu Tahun Ini Tidak Seteruk Tahun Lalu

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 9:59 PM

Keadaan jerebu di Riau, Indonesia pada tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan Indonesia memberi jaminan bahawa masalah jerebu pada tahun ini dijangka tidak seteruk tahun lepas berikutan langkah proaktif diambil negara jiran itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Indonesia menyuarakan jaminan itu ketika pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya di Jakarta, baru-baru ini.

Katanya, pada pertemuan itu, beliau telah dimaklumkan bahawa Indonesia melakukan pelbagai usaha bagi membendung masalah tersebut termasuk menarik balik tanah-tanah ladang pertanian daripada 20 konsesi pemilikan ladang.

Menurutnya, negara itu juga dikhabarkan bersetuju untuk membeli tiga buah pesawat Bombardier bagi membanteras pembakaran ladang itu secara lebih berkesan.

"Jadi, saya harap langkah ini mampu menyelesaikan isu yang ada dan pada masa sama kami akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Indonesia bagi mengatasi masalah ini secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja dan pertemuan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, di sini Khamis.

Tahun lepas, jerebu di negara dianggap teruk dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang paling tinggi dicatatkan ialah 308 di Shah Alam, Selangor.

Keadaan itu memaksa sejumlah sekolah menengah dan rendah ditutup, manakala jadual penerbangan bagi beberapa syarikat penerbangan ditunda akibat ketampakan yang kurang jelas.

Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata projek pembangunan Johor yang melibatkan penambakan laut berdekatan sempadan Singapura tidak menjejaskan negara republik itu.

Malah, Singapura, katanya, tidak membantah atau menghalang mana-mana pembangunan yang dijalankan di Johor.

"Saya dapati ia belum mempunyai kesan memudaratkan kepada alam sekitar, baik Singapura atau Malaysia namun pemantauan rapi tetap dijalankan bagi memastikan pematuhan pihak pemaju terhadap peraturan berkaitan," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Indonesia , jerebu

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Kolumnis

iklan

Iklan