Jenazah Bekas KSU KDN Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Khamis, 4 Februari 2016 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jenazah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff yang meninggal dunia akibat sakit tua semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, kira-kira 11.30 pagi Khamis.

Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Surau Al Ikhwan, Taman Sandaran, Puncak Perdana, Seksyen U10 di sini, sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan pada pukul 11 pagi.

Kira-kira 100 orang terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan Allahyarham hadir pada upacara pengebumian itu termasuk pegawai-pegawai daripada Jabatan Penjara dan Polis Diraja Malaysia.

Mohamad Khalid meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Seksyen U10, kira-kira pukul 3.45 petang Rabu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Hasmah Abu, empat anak dan seorang cucu.

Mohamad Khalid dilantik menjadi KSU di KDN berkuat kuasa 1 Jan 2014 dan bersara selepas setahun memegang jawatan berkenaan.

Allahyarham menyertai perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1 Dis 1981. 

Tags / Kata Kunci: KDN

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan